Thursday 1 October 2015

Menteri Besar Pahang Kata Najib Penipu (Printscreen MT UMNO tersebar)

Perdana Menteri Najib Razak tentu tidak menyangka ketika beliau merasakan Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir akan mengkhianati beliau, rupanya Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakop yang menjadi duri dalam daging. 

 Adnan tidak lagi menyokong Najib Razak sejak Julai lalu. Ini boleh dilihat dengan kenyataan-kenyataan Setiuasaha Politiknya dalam media social sejak pertangahan tahun ini. 

 Bagaimanapun Adnan mula mendiamkan diri dan menyokong Mohd Najib apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri. 

Baru-baru ini Adnan tersilap langkah apabila tersalah hantar "printscreen" antara beliau dengan Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Datuk Ridzuan Hashim sekitar Julai dulu ke dalam WhatsApp Group MT UMNO, 

 Mereka bercakap bahasa dengan meletakkan nama PM sebagai Pak Mat. Dalam Whatsapp terbabit Adnan Yaakob (Me) jelas memanggil Najib Razak sebagai penipu dan bakal kehilangan jawatan. 

Kenyataan Menteri Besar Pahang tersebut dalam bulan Julai lalu bahawa Najib akan kehilangan jawatan menginggatkan kita mengenai rombakan kabinet yang dibuat oleh PM pada Ogos lalu dan khabar angin bahawa Muhyiddin hampir berjaya menyingkirkan Najib Razak. 

 Apakah Adnan Yaakob ketika itu berkompolot untuk menjatuhkan Najib Razak?